• Gembira..sedih.. Minggu ni perasaan aku bercampur baur. Gembira, sedih, terharu..

    Gembira
    ..akhirnya, secara tidak rasminya aku pindah umah. Semalam lepas balik kerja, terus gi masuk umah. Wife aku da siap2 kemas (tapi x100% kemas, xsempat..) . Paginya dia pegi opis baru wat medical check-up, sign letter offer & bla..bla..pastu balik, dia kemas umah, kuar pi cari barang, balik sesat2 skit (biasa la tu..), sambung kemas2 skit..Dalam jam 9++pm, Erfan, mak mertua n adik ipar sampai. Cian diorg, tido dalam keadaan xselesa..Pagi2, bangun tidor, buat kali pertamanya, aku dapat main2 jap ngan erfan b4 pi kerja. Wife lak wat breakfast..tq sayang..:)

    Sedih..
    Petang semalamnya, adik aku tepon, dia ajak balik Kedah, tok xsihat..da 3 hari xlarat nak bangun. Tido meracau2..sedih sgt2 aku dengar..Semua family aku da ada kat sana, kecuali aku ngan adik aku..last aku jumpa masa raya hari tu..sebak aku rasa..Ya Allah, tabahkan hatiku dan keluargaku & kurniakan kesihatan kepada tok aku..amin..

    Adik aku antara orang yang paling sedih..dari kecik (lepas arwah ummi meninggal) dia duk ngan tok n tokwan..diorang da macam mak n ayah dia..adik beradik aku pun rapat ngan tok, cuma xserapat dia. E, sabar bro..banyak2 doa, semoga semuanya selamat..


    Peace Not War!!!~~

    more
  • Waktunya akan sampai mari mengira waktu..
    hari ni Selasa, esok Rabu, luasa Khamis..pastu cuti..yeahh...Khamis masuk rumah, Jumaat gi berenang2 kat Sunway..Sabtu cari barang umah, Ahad lepak2 kemas umah..perghh...banyak kerja aku..:)


    Peace Not War!!!~~

    more
  • Sekitar Disember 2009
    Da lama xupdate blog nih..
    Penghujung tahun yang dilipahi rezeki. Hajjar dapat keja kat KL, mula awal tahun depan 2010. So, cari umah, kebetulan plak, dipermudahkan..amin...siap sedia nak pindah pasni. Nak cari barang, angkut barang, kemas barang...macam2 la..Luckly rumah tu, xde la jauh sangat dari opis aku n Hajjar, kira tengah2 la.
    Hajjar & Erfan: Interview at KFC @ 26 Nov
    Sesi makan2 lepas interview..Erfan bosan, belum leh makan KFC hahaha...
    Tengah lepak2 kat Seremban 2..
    Ada iras2 aku x???


    Cuti sekolah, cam biasa la, kenduri kawin. Tahniah buat syam, ali, zack..emm..khairil..sapa lagi eh..tok en..pak din..tahniah2..

    Syam & Yana..tahniah beb...




    Ha..ni citer ank aku lak..sangat2 menghiburkan dak ni. Bulan ni masuk 5 bulan. Dia da mula makan. Biskut Milna (untuk baby) tu, kira febret dia la. Aku tgk dia makan, perghhh....sangat bersemangat..suap je sudu kat mulut dia, xsabar2 nak makan. badan ke depan, mulut ternaganga, mata xtengok tempat lain..habis menyembur2 kuar kat mulut dia..hahaha..comey betui.



    Merry X-mas...

    Domino Pizza, MidValley...

    Komen: Apa yang penting..kerjasama...
    Peace Not War!!!~~

    more
  • Selamat Hari Raya Korban Sedar xsedar da setahun pun aku kat EPU..macam2 aku belajar. Daripada xtau per2, sampai macam2 gak tau. Tapi ilmuku belum cukup lagi.
    Esok cuti, lusa raya haji...yeahhh...raya lagi. Tahun ni raya kat Johor. Maybe tahun depan balik raya kat Perak.

    Erfan plak da makin membesar. Terubat segala serabut2 kepala masa kerja tengok dia. Comel, aktif & manja..Syukur kerana sehingga sekarang, xada apa2..Alhamdulillah.

    Esok Hajjar ada terbiew kat KFC Holding. Hope ada rezeki di sana. Lagi pun, hujung bulan ni dia da berenti kat tempat lama. Hampir 3 tahun dia kat situ. Kalau xada aral melintang, hujung tahun nih, dapatlah dapat hidup bersama-sama menempuh suka duka bersama setelah hampir setahun setengah berjauhan..So aku pun da xde la travel tiap minggu ke Muar..penat tu, penat la, tapi bila dapat bersama dengan orang tersayang, semua tu aku buang ke tepi. :)

    K selamat Hari Raya Korban..moga hari mendatang akan lebih diramati-Nya. Amin..

    Peace Not War!!!~~

    more
  • The Baseballs

    The Baseballs

    Origin: Oklahama

    Genres : Indie Rock

    Formed : 2005

    Members : Scott Windsor & Sammy Sharon

    Hot & Cold


    Basket Case

    tributed to Greenday..hahaha..sound so cachty..:)

    For more detail about this group, click here

    Peace Not War!!!~~

    more
  • i-Pod 8GB
    Masuk opis arini setelah sekian lama kursus kat luar (5 hari ja..) , bos soh gi meeting. Katanya taklimat daripada company Malaysia (nama xleh sebut). Mula-mula cuak r, pasal xde senior officer, tapi selamber je. Abih presentation, (seb bek xditanya soklan2 maut), sembang2 jap, trus blah..hahaha~~ arini gaji..tapi banyak nak kena settle hutang2 nak kena settle..adeh..


    Komen: Arini dapat i-Pod..tqvm...
    Peace Not War!!!~~

    more
  • Giliran Menunggu - 511 Perghh..hangin aku, tungu kuarter, waiting list 511..
    Alasan
    xda kekosongan lagi, & CF belum dapat lagi utk unit apartment yang da siap..waduhh..camne eh..


    KOmen:Sabar separuh daripada iman..
    Peace Not War!!!~~

    more